Monday, August 9, 2010

Doa Selamat

Doa Pilihan � Pusat Kefahaman Islam AKI: "“Segala pujian tertentu bagi Allah Pencipta dan Pentadbir seluruh alam semesta. Selawat dan sejahtera ke atas junjungan besar kami, Nabi Muhammad s.a,w serta seluruh keluarga dan sahabat Baginda”.

“Ya Allah, ya Tuhan kami, sesungguhnya kami bermohon perlindungan dan pemeliharaan daripada-Mu terhadap agama kami, diri kami, keluarga kami, anak kami, harta benda kami dan segala kurniaan yang Engkau berikan kepada kami”.

“Ya Allah, ya Tuhan kami, tempatlah kami dan mereka semua di bawah naungan Engkau dan pemeliharaan Engkau daripada syaitan yang mengganas, penguasa yang menindas, orang yang berniat jahat kepada kami dan daripada segala kejahatan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa di atas segalanya”.

“Ya Allah, ya Tuhan kami, perindahkanlah hidup kami dengan kesihatan dan kesejahteraan, keselamatan dan kebahagiaan. Kukuhlah hati kami dengan ketakwaan dan ketetapan hati. Hindarlah kami daripada perkara yang membawa penyesalan pada waktu ini dan pada masa akan datang. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Menerima doa”.

“Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah dan kasihanilah kami, ibu bapa kami, saudara kami, orang yang mengasihi kami, orang yang kami kasihi kerana-Mu, orang yang berbuat baik kepada kami, orang yang perlu kami tunaikan sesuatu hak kepadanya dan kepada seluruh muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat dengan rahmat-Mu wahai Allah Yang Maha Mengasihani”."

Doa jauhi penyakit�merbahaya

Doa Pilihan � Pusat Kefahaman Islam AKI: "Doa jauhi penyakit�merbahaya
April 23, 2010
Doa mohon perlindungan daripada penyakit berat
“WAHAI Allah, sesungguhnya aku berlindung diri kepada-Mu daripada penyakit sopak, gila, penyakit kusta dan penyakit berat.” (Riwayat Abu Daud).

Doa memohon kesihatan tubuh badan (baca pada waktu pagi dan petang)
“YA Allah, kurniakanlah kesihatan pada badan hamba, Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada telinga hamba, Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada mata hamba, Ya Allah, hamba berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kepapaan, Ya Allah, hamba berlindung kepada-Mu daripada kesengsaraan azab kubur, tiada Tuhan melainkan Engkau.”

Doa anak untuk ibu bapa
“YA Allah, ampunilah aku dan ampunilah kedua-dua ibu bapaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.”
Doa ketika keluar dari rumah
“DENGAN nama Allah (aku keluar). Aku bertawakal kepada-Nya dan tiada daya upaya kecuali dengan izin Allah”.

“YA, Allah. Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu, jangan sampai aku sesat dan disesatkan (syaitan atau orang yang berwatak syaitan), berbuat kesalahan atau disalahi, menganiaya atau dianiaya (orang) dan bodoh atau dibodohi”.

Doa apabila masuk rumah
“DENGAN nama Allah kami masuk (ke rumah), dengan nama Allah, kami keluar (darinya) dan kepada Tuhan kami, kami bertawakal”."

Doa harian�pilihan

Doa Pilihan � Pusat Kefahaman Islam AKI: "Doa harian�pilihan
April 5, 2010
Doa memohon akhlak terbaik dan rezeki yang berkat
“Ya Allah, semoga Engkau berkenan melimpahkan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w dan selawat yang dapat melapangkan rezeki bagi kami dan menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan sahabat-sahabatnya serta berikanlah keselamatan.”



Doa untuk memudahkan sebarang urusan
Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.”

Doa mohon perlindungan daripada kerunsingan
Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kerunsingan dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan penakut dan bakhil dan aku berlindung kepada-Mu daripada belenggu hutang dan tekanan orang.”



Doa ketika sesuatu penyakit merebak“Aku berlindung membenteng diri kepada nama Tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan, aku berpegang teguh pada Tuhan yang menguasai alam nyata dan alam ghaib, aku bertawakal kepada Tuhan yang hidup dan yang tidak mati selama-lamanya.”Semoga kiranya Engkau hindarkan kami Ya Allah daripada bala dan wabak. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”"

Doa Dapat Peluang Perniagaan dan Rezeki Melimpah

Doa Pilihan � Pusat Kefahaman Islam AKI: "Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah aku antara kalangan hambaMu yang mendapat bahagian (pencapaian) yang hebat pada nur yang Engkau kurniakan sebagai hidayah, dan rahmat yang Engkau kurniakan, dan rezki yang Engkau sebarkan, dan mudharat yang Engkau selamatkan ( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan bala yang Engkau angkatkan( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan fitnah yang Engkau jauhkan( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan keburukan yang Engkau hindarkan
( dari menimpa hamba-hambaMu )"

Doa ringkas selepas solat

Doa ringkas selepas solat: "Doa ringkas selepas solat

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam."

Istighfar (meminta ampun) dan taubat

Istighfar (meminta ampun) dan taubat: "Istighfar (meminta ampun) dan taubat
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali.

Sabdanya yang bermaksud:
Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaNya setiap hari 100 kali.

Sabdanya yang bermaksud: 'Sesiapa yang membaca:


Maksudya:

Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.

nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan”.


Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan.

Sabdanya yang bermaksud:
Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu.

Sabdanya yang bermaksud:
Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap hari 100 kali."

Bacaan untuk menolak gangguan syaitan

Bacaan untuk menolak gangguan syaitan: "Bacaan untuk menolak gangguan syaitan

Maksudnya:

Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna, yang tidak boleh ditembusi oleh orang yang baik dan yang jahat, dari kejahatan semua makhluk, dari kejahatan semua yang turun dari langit dan yang naik kepadanya, dari kejahatan semua yang tumbuh di dalam bumi dan yang keluar daripadanya, dari kejahatan fitnah yang berlaku di waktu malam dan siang dan dari kejahatan yang datang (pada waktu malam) kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih."